nEw taSk, nEw eNvirOnmeNt~




Sepanjang 3 hari menjalani latihan praktikal di Malaysian Palm Oil Board (MPOB), banyak pengalaman dan pengetahuan baru yang saya pelajari..Tugasan telah diberi. Projek bertajuk The use of palm and palm fractions as solvent/carrier of phytochemicals akan dimulakan minggu hadapan..Kajian ini akan melibatkan kunyit dan halia sebagai sumber phytochemicals.Tempoh 8 minggu ni agak singkat sebenarnya..tapi apapun, i`ll try my best..Bak kata pepatah, genggam bara api biar sampai jadi arang~




Aha!


Sebagai bukan orang Selangor/KL, masalah utama saya adalah mencari jalan..nak cari jalan ke MPOB, nak ke UPM, nak ke KL, nak ke Cheras, Putrajaya dan Shah Alam..benarlah..life~~is a journey (",)




Setakat ni dah banyak kali sesat..tapi kalau kita fikir positif, advantage sesat ni adalah kita dapat tau jalan lain..Sebagai contoh, sebelum ni saya hanya tahu, jalan dari UPM nak ke UM, kalau tak ikut pusat bandaraya, boleh ikut highway NPE..tapi hari tu, sebab sesat, saya tembus dari Jalan Klang Lama, lalu tepi Mid Valley tu untuk sampai UM..Alhamdulillah..




saya senyum sorang-sorang dalam kereta,


"Jalan ape la ni..Eh, macam pernah lalu sebelum ni..Oh..jalan ni rupanya..=]"


p/s : Sesiapa yang ada maklumat atau bahan bacaan yang berkaitan dengan tajuk projek saya, amatlah dialu-alukan untuk kita sama berkongsi..






Buah cempedak di luar pagar,


Ambil galah tolok jolokkan,


Saya budak baru belajar,


kalau salah tolong tunjukkan..




Syukran Jazilan (",)


0 Responses