Panduan Bertunang mengikut adat resam Melayu

Cuti sekolah hampir tiba..


pelajar-pelajar universiti pula kebanyakannya sedang bercuti (cuti akhir semester)


Maka, pasti banyak undangan perkahwinan ataupun majlis-majlis yang seangkatan dengannya akan diadakan sepanjang bulan ini.





Budaya masyarakat Melayu, biasanya majlis pertunangan/ menghantar tanda akan diadakan sebelum akad nikah berlangsung..Konsep menghantar tanda adalah diertikan sebagai “putus cakap”. Ini bermaksud pinangan dari pihak lelaki sudah pun diterima oleh pihak perempuan. Atau dalam erti kata yang lain, janji yang telah dibuat oleh kedua-dua belah pihak (lelaki dan perempuan) untuk diijabkabulkan sebagai suami dan isteri, dalam tempoh tertentu. Sepanjang tempoh pertunangan, calon pengantin perempuan tidak lagi boleh dipinang oleh lelaki lain kerana sudah 'dicop' oleh tunangnya.





Aha!Perlu diberi perhatian. Dalam masyarakat Melayu, sekiranya dalam tempoh menunggu diijabkabulkan, ikatan pertunangan diputuskan oleh pihak lelaki, maka cincin dan segala barang hantaran tidak boleh diminta semula dari pihak perempuan. Tetapi, jika ikatan pertunangan diputuskan oleh pihak perempuan, maka pihak perempuan hendaklah mengembalikan semula segala hantaran yang telah diberikan oleh pihak lelaki itu dalam nilai sekali ganda banyaknya atau harganya.Ish2..rugi2...=]





Biasanya cincin diberi oleh pihak lelaki sebagai tanda ikatan, dan disarungkan ke jari manis calon pengantin perempuan oleh ibu pengantin lelaki.(Aha, bukan lelaki tu yang sarungkan tau!). Namun, kebiasaannya, beberapa barangan lain turut diberi sebagai hantaran..


Dan yang paling utama, sirih junjung. Barangan hantaran ini pula mungkin berbeza-beza mengikut negeri atau keluarga masing-masing. Jumlah hantaran yang dihantar oleh pihak lelaki akan dibuat dalam angka ganjil dan dibalas lebih oleh pihak perempuan, selalunya sebanyak dua dulang.

contoh hantaran seorang kenalan saya =]



Soal mas kahwin dan hantaran, tempoh pertunangan dan sebagainya akan dibincangkan ketika majlis berlangsung. Tawar-menawar mas kahwin dan hantaran adalah tidak digalakkan. (macam nak beli barabg kat kedai pula). Perbincangan perlu dibuat terlebih dahulu (sebelum hari pertunangan) supaya segalanya berjalan lancar.





Pertunangan seeloknya dibuat dalam majlis yang sederhana, dan hanya kenalan dan saudara-mara terdekat yang dijemput..Hal ini kerana, pertunangan adalah hanya langkah pertama menuju ke gerbang perkahwinan.. Jadi atau tidak sebuah pernikahan itu belum tentu pasti..Pertunangan juga perlu dirahsia bagi mengelak fitnah dan supaya dijauhkan dari hasad dan dengki manusia..





'Rahsiakan pertunangan, sebarkan perkahwinan'





Hakikatnya, pertunangan dalam Islam membawa seribu satu hikmah. Selain dapat mengenali pasangan dengan lebih dekat, hubungan keluarga 2 hala dapat dibina ketika ini. Kebolehterimaan, tolak-ansur dan saling memahami adalah kunci kepada kukuhnya ikatan yang terpatri. Kekuatan iman juga sering teruji ketika di alam pertunangan..Justeru, alam pertunangan juga boleh dijadikan kayu ukur terhadap rumahtangga yang bakal dibina..Moga Allah sentiasa memberi hidayah dan membimbing hambaNYA ke jalan yang benar..


"ihdinas sirothol mustaqim..ya ALLAH..."
1 Response
  1. Unknown Says:

    Adat Bertunang
    http://lemangpanas90.blogspot.com/2015/07/adat-bertunang.html