Syurga di bawah telapak kaki ibu

Hari Ibu@ Mother`s Day..baru berlalu 2 hari lepas..
Dek kerana terlalu sibuk dengan kerja yang tak pernah-pernah habis, saya hanya sempat call mama dan ucap Selamat Hari Ibu melalui telefon..uhuhu.
tidak seperti tahun-tahun sebelumnya (saya akan pos kad ucapan ke rumah)..

kadang-kadang kita terlepas pandang..lupa akan tanggungjawab sebagai seorang anak..terlalu sibuk dengan kerja, nak call mak ayah pun jarang-jarang..ada tu, seminggu sekali baru call..padahal ibubapa di rumah, tak pernah lupa pada anak mereka..sihat ke tak? dah makan ke belum?makan apa hari ni?dan macam-macam lagi persoalan..dan selain tu, ibubapa pun perlukan anak untuk meluahkan perasaan, menceritakan masalah dan sebagainya..terutamanya ibu..tapi kita selalu lupa...atau buat-buat lupa??

Ibu yang melahirkan..bukan sekadar mengandungkan kita selama 9 bulan, malah berjuang bermati-matian untuk memastikan kita dapat melihat dunia ini..terima kasih, mama!!

Pengalaman hidup saya zaman kanak-kanak dulu, agak berbeza dengan kanak-kanak normal yang lain..bagaimanapun, saya amat bersyukur kerana pengalaman itu yang mematangkan saya..dan semua ranjau, saya tempuhi bersama mama..mama sentiasa ada disisi saya..

tak dapat nak ungkap dengan kata-kata...betapa mama amat bererti bagi saya..dan bukan saya seorang, saya pasti semua anak amat menyayangi ibu mereka..

Suatu ketika dulu, sedang menonton bersama keluarga, ada satu babak dalam filem Ahmad Albab (lakonan P.Ramlee dan Saloma), Saloma nyanyikan lagu untuk tidurkan Ahmad Albab yang asyik nangis tu..seraya saya pun bertanya pada mama,
"Mama dulu selalu nyanyi lagu apa kat Along?"
Diam sebentar (mungkin mengimbau memori lalu) dan kemudian mama menyanyikan lagu itu..Lagu yang diciptanya sendiri.Kagum.Terharu.Dan saya pun cepat-cepat ambil pen dan kertas, salin bait-bait kata lagu tersebut...


-SAYANG ANAKKU SAYANG-


Tidurlah anakku sayang
Permata bonda
Tidurlah dalam buaian
Belaian jiwa


bawalah mimpi yang indah dalam tidurmu
Tak lupa ibu berdoa kebahagiaanmu
Dalam redup dakapan senja
Kau ku buai ku belai manja
Walau badai ku tempuh jua


Takku biar dikau derita
Untukmu ibu berkorban
Jiwa dan raga
Dikau lah harapan bonda mustika hati
Wajahmu penawar duka di malam hari




"Mama, terima kasih atas segalanya..
Dan maafkan Along, atas setiap perbuatan yang mengguris hati mama..
Along sayang sangat kat mama.."
0 Responses