the day i`ve been waiting for..

Setelah 22 tahun melalui liku hidup..
insyaAllah esok merupakan antara hari yang paling bersejarah dalam hidupku..
Dari kecil, bila orang tanya, atau semasa buat 'biodata'..mesti akan tulis--> impian : ingin berjaya hingga di menara gading, atau ayat lainnya, ingin menggenggam segulung ijazah..

Dan kini.. syukur padaMU ya Allah.. kerana memberi kesempatan nafas ini untuk menanti tibanya hari itu..dan dengan izinMu akan tercapai impian ku sedari kecil..Impian yang bukan hanya untuk kepentingan diri sendiri, tetapi amat bermakna buat keluarga tercinta.. satu kebahagiaan telah tercipta buat ibubapa yang telah banyak berkorban selama ini..

Terima kasih mama..
Terima kasih ayah..
Terima kasih guru-guru, pensyarah-pensyarah
Terima kasih sahabat, teman, kawan
Terima kasih saudara mara..
Terima kasih buat semua..
Tanpa kalian, perjalanan hidup ini tidak akan seperti ini..
Moga hidup kalian diberkati oleh Yang Maha Memberi Kurnia..
1 Response