A busy life~~

Sejak habis belajar ni..rutin hidup tak banyak sangat yang berubah..
Cuma lebih banyak menuntut pengorbanan dari segi masa..dan juga perlu pandai uruskan kewangan..yela..kalau time student dulu, awal sem je..kaya-raya.boleh la nak shopping sikit =)
Bila tengah sem je..ptptn pun dah kering, boleh la mintak biasiswa PAMA (papa & mama) plak..
Jadual kuliah pulak banyak masa free..contohnya, kelas pagi mula pukul 9 atau 10.. then habis kelas mungkin tengahari..kalau ada lab, baru sampai petang..Jumaat pulak biasanya takde kuliah.Mmg best la..pendek kata, ada la masa nak berehat or tiba2 je rase nak pegi Mid..10minit kemudian dah sampai pun kat pusat membeli-belah terkemuka tu.eheh =)

Tapi kini…

Pukul 6 pagi dah kena bangun..paling lambat pun 6.15 la..Hal ni tak kisah sangat..sbb memang kena bangun solat subuh pun..
Tapi yang tak bestnya, sebelum puluk 7 je dah kena gerak..perjalanan nak ke tempat keje (UKM KL) sebenarnya tak sampai 20 minit pun, tapi sebab jem, kena la gerak awal..

' sudah ku tahu bagaimana kehidupan orang kota …'

Sampai UKM, biasanya dalam pukul 7.45pagi..ok la tu sebab waktu kerja dari pukul 8-5 petang setiap hari, isnin hingga jumaat…

Masa balik jem lagi teruk..uhuhu..letih betul drive dalam jem ni..tambah lagi pandu kereta manual..mengantuk + penat
(yeye, ada alasan nak tukar kereta baru yang auto plak =] )

Menjelang malam (sempat la berehat kejap lepas balik kerja)..biasanya ada tuisyen..setakat ni buat part-time mengajar tuisyen (home tuition)..bukan apa, dapat juga tambah income..uhuk.paling awal pun habis dalam pukul 10.30 malam..

Lepas tu baru la boleh berehat, baca jurnal, semak diari atau nak buat apa2 aktiviti untuk diri sendiri..

Hmmm..penat memang penat..tapi sebagai anak sulung dalam keluarga, terpaksa la usaha lebih sikit…lagipun baru nak bina kehidupan..

"bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian"

insyaAllah..bila kewangan dah stabil nanti, akan ada perancangan yang lebih teratur..yang lebih bermakna..

yang penting, jangan kejar dunia hingga lupa bekalan di sana..kalau tiba2 esok ajal menjelma, sia2 saja penat lelah kejar harta dunia kalau tiada simpanan akhirat..
moga diriku sentiasa ingat dan beringat agar tidak terlupa~~


" Ya Tuhanku, panjangkan lah umurku dalam redhaMu..
Matikanlah aku dalam keadaan beriman padaMu.."

0 Responses